Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nilai import buluh negara cecah RM76 juta

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Sept : Industri buluh tempatan ketika ini masih mempunyai kebergantungan tinggi kepada bahan mentah import berbanding menggunakan hasil tempatan.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi , Datuk Zuraidah Kamarudin berkata, pada masa sama, nilai eksport buluh negara juga masih rendah apabila sekadar mencatatkan jumlah RM8.28 juta pada tahun lepas malahan mengalami penurunan sebanyak 10 peratus jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

“Malaysia masih bergantung kepada pengimportan produk buluh dari China, Indonesia dan Vietnam. Nilai import produk buluh pada 2020 adalah RM76.67 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Buluh Sedunia 2021 secara dalam talian hari ini.

Katanya, industri buluh mempunyai potensi untuk terus berkembang kerana berdasarkan rekod , terdapat lebih 70 spesies buluh dan 45 daripada tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan.

” Dari segi keluasan tanaman buluh, Sarawak merupakan kawasan terbesar yang mewakili jumlah 45 peratus , diikuti 31 peratus Semenanjung Malaysia dan Sabah menyumbang sebanyak 24 peratus daripada,” katanya.

Ujar beliau, ketika ini terdapat sebanyak 577 pengusaha yang terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh tempatan yang merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraftangan.

“Bagi melonjakkan lagi pertumbuhan industri buluh di Malaysia, satu pendekatan yang radikal perlu dilakukan. Atas sebab itu, kerajaan melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2021-2030,” katanya.

Beliau menambah, pelan tindakan berkenaan berperanan untuk memperkasakan hala tuju Malaysia sebagai negara pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh untuk dieksport ke China, Indonesia, Thailand dan serata dunia. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan