Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUANTAN, 21 Jun -- Warga Kuantan Esah Abdullah, 83, disuntik vaksin COVID-19 dos pertama di KPJ Pahang Specialist Hospital hari ini. KPJ Pahang Specialist Hospital merupakan hospital swasta yang terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Para penerima gembira setelah mendapat suntikan vaksin COVID-19 hari ini dan berharap orang lain dapat mendaftar sebagai penerima vaksin bagi mencapai imuniti kelompok. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Masyarakat diingatkan untuk kekal berdisiplin

KUCHING, 20 Sept: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengingatkan orang ramai agar kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak daripada dijangkiti COVID-19.

Pengarahnya Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, semua perlu memainkan peranan dan terus bertangunggjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19 di negeri ini.

“Sarawak telah lebih sebulan mencatatkan bilangan kes harian melebihi angka satu ribu berturut-turut sejak 18 Ogos 2021.

“Bilangan kematian turut menunjukkan peningkatan dengan sejumlah 145 kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan bagi tempoh 1 September hingga 20 September 2021, berbanding hanya 88 kematian bagi bulan Ogos 2021.

“Sejumlah 145 kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan bagi tempoh 1 September hingga 20 September 2021, berbanding hanya 88 kematian bagi bulan Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kebanyakan kes kematian yang berlaku adalah dalami kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan berkomorbid.

Justeru, masyarakat perlu terus memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal pada setiap masa.

“Kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting, jangan mengunjungi ahli keluarga, jiran atau rakan tanpa tujuan yang penting.

“Walaupun dibenarkan ‘dine-in’ di kedai makan, elakkan makan bersama orang bukan serumah dan tanggalkan pelitup muka hanya apabila menjamu selera,” ujarnya.

Selain itu, golongan yang berisiko seperti mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai komorbid serta kanak-kanak juga diseru agar tidak pergi ke tempat sesak atau kawasan tumpuan ramai.

“Sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, sukar bernafas, atau mengalami kelesuan, sakit badan, cirit-birit dan muntah tanpa punca yang dapat dikenal pasti, segera dapatkan saringan dan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat walaupun gejala adalah ringan dan tidak teruk,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan