Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan giat kempen tingkatkan eksport produk buluh ke serata dunia

ByDayu Adruce

PUTRAJAYA, 20 Sept: Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2021-2030 diharap dapat memperkasakan Malaysia sebagai negara pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh untuk dieksport ke China, Indonesia, Thailand dan serata dunia.

Pelan tersebut telah dilancarkan pada hari ini menerusi Majlis Perasmian Sambutan Hari Buluh Dunia (WBD) 2021

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komodit, Datuk Zuraida Kamaruddin, walaupun Malaysia kini berdepan dengan pandemik COVID-19, sektor agrikomoditi terus menjadi penyumbang kedua terbesar pendapatan eksport negara.

Beliau berkata hal ini menunjukkan bahawa sektor ini mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan sosio ekonomi negara.

“Bagi tujuan ini, KPPK akan terus memberi fokus untuk memantapkan lagi usaha-usaha pembangunan dan kemajuan sektor agrikomoditi agar ia dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” ujarnya ketika berucap di Majlis Perasmian WBD 2021.

Di samping itu, Forum Pelestarian Industri Buluh Malaysia 2021 dan dua siri webinar berkaitan Penggunaan Buluh dalam Industri Binaan dan Perladangan Buluh juga akan diadakan untuk menarik minat lebih ramai orang awam mengenai potensi tanaman buluh di Malaysia.

Menurut Zuraida, buluh merupakan sumber bukan kayu penting yang turut menyumbang kepada pendapatan eksport negara.

“Malaysia mempunyai lebih kurang 70 spesies buluh dan 45 daripada spesies tersebut merupakan spesies tempatan yang tumbuh secara semulajadi di kawasan hutan liar. Dari segi taburan penanaman, sebanyak 31% tanaman buluh terdapat di Semenanjung Malaysia, 45% di Sarawak dan 24% di Sabah,” katanya.

Walaubagaimanapun, jumlah yang direkodkan tersebut terlalu kecil berbanding saiz pasaran buluh dunia.

Justeru, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan meneruskan kemudahan pinjaman mudah bagi penanaman buluh di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) bagi memastikan bekalan sumber buluh berterusan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12(RMKe-12), program Bamboo Community Farming juga telah bermula sejak awal tahun ini sehingga 2025.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan