SIBU, 20 Sept: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan seorang remaja kelainan upaya (OKU) dalam satu kebakaran di sini.
Difahamkan, ketika kejadian jam 10 pagi itu, remaja terbabit tinggal bersendirian di rumah memandangkan ibunya berniaga menjual sayur di pasar tani.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral, Suna Kaha berkata remaja 17 tahun itu berjaya dibawa keluar dari rumah berkenaan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
“Ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi, api sedang marak membakar perkakasan memasak dan meja kayu di dalam rumah tersebut.
“Bagaimanapun kebakaran hanya melibatkan 10 peratus dan tidak melibatkan mangsa atau menyebabkan kecederaan padanya,” kata beliau.
Beliau memberitahu bahagian dapur rumah tesrbut terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas cerek elektrik.