Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

80 peratus pelajar lengkap vaksin sebelum sesi persekolahan 2022 bermula -KJ

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Sept : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk remaja menyasarkan sebanyak 80 peratus mereka yang layak divaksin akan mendapat dos lengkap sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada masa sama, program yang bermula secara rasmi hari ini juga berharap sebanyak 60 peratus daripada kumpulan sasar berusia 12 hingga 17 tahun akan mendapat sekurang -kurangnya satu dos suntikan menjelang November ini.

” Sebelum pelancaran rasmi hari ini, PICK remaja sudah dimulakan lebih awal di Sarawak pada 8 September lepas dan di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pada 11 September lepas.

“Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah memberikan kelulusan untuk pelaksanaan PICK untuk remaja di kedua -dua wilayah berkenaan kerana liputan imunisasi COVID-19 dalam kalangan orang dewasa di sana telah mencapai 80 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Program Pelancaran PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8(1) hari ini.

Kerajaan menyasarkan sekurang -kurangnya 80 peratus pelajar sekolah yang layak divaksin akan menerima dos suntikan lengkap sebelum sesi persekolahan tahun depan dibuka.

Yang turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Pada majlis berkenaan, Dr. Noor Azmi turut memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada seorang pelajar sekolah berkenaan sebagai simbolik permulaan program vaksin di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin memberitahu, program vaksinasi untuk remaja di Sabah pula telah bermula pada 16 September lepas kerana sebahagian besar remaja tinggal di kawasan pedalaman dan memerlukan lebih masa bagi aktiviti jangkau luar.

Bagi menyelaraskan perlaksanaan PICK remaja, beliau memberitahu, KKM telah menubuhkan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) yang akan dipengerusikan oleh Noor Azmi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan