Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Masjid terapung Kampung Punang Lawas selaras agenda pembangunan

ByLuqman Muhammad

LAWAS: Masjid terapung Kampung Punang bakal menjadi mercu tanda yang akan mengubah landskap perkampungan pesisir laut Punang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, pembinaan masjid baru Kampung Punang tersebut akan memberikan keselesaan kepada umat Islam untuk beribadat.

“Konsep masjid ini adalah masjid terapung menghadap ke Laut China Selatan dan dalam linkunganTeluk Brunei.

Masjid ini akan kita sepadukan dengan pembinaan ‘Punang Nature Walk’ dan Punang Waterfront yang sedang dalam pembinaan,” tambahnya ketika lawatan kerja ke Kampung Punang semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak turut diiringi Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Bin Latip dan kenamaan tempatan lainnya.

Datuk Amar Awang Tengah menjelaskan keindahan pantai Punang akan menjadi wadah pembangunan kerohanian, pusat riadah dan pusat ekonomi komuniti.

Justeru beliau menyeru penduduk Kampung Punang meningkatkan peluang ekonomi melalui perusahaan kecil dan sederhana.

Beliau menambah sebuah Anjung Usahawan juga dalam pembinaan di kawasan berhampiran Kampung Punang Jaya yang akan memberi ruang penduduk tempatan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi kecil dan sederhana.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan