Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Vaksinasi secara ‘walk-in’ untuk pelajar berumur 16 hingga 17 tahun

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 18 Sept: Pelajar berusia 16 hingga 17 tahun kini boleh mendapatkan suntikan vaksin mereka secara ‘walk-in’ di Dewan Majma, Kuching.

Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata pelajar yang telah meninggalkan sekolah (berhenti/tercicir) juga boleh mendapatkan vaksinasi mereka di lokasi tersebut.

“Mereka (pelajar) juga boleh membuat janji temu di klinik kesihatan terdekat,” katanya dalam catatan Facebooknya.

Rabu lalu, 61,271 daripada 96,400 pelajar yang layak telah menerima suntikan dos pertama mereka.

“Selesai sahaja program vaksinasi di bahagian Betong dan Kuching pada Jumaat, itu menandakan Sarawak telah menyelesaikan kempen vaksinasi untuk pelajar berusia 16 hingga 17 tahun dari 234 sekolah secara keseluruhannya,” ujarnya.

Vaksinasi untuk para pelajar di 10 bahagian lain telah selesai pada Rabu lalu.

Beliau turut mendedahkan seramai 3,981 pelajar berusia 12 hingga 15 tahun dengan komorbid telah divaksin di klinik kesihatan dan hospital di seluruh negeri.

Sebanyak 192,800 atau 6.9 peratus daripada populasi penduduk Sarawak adalah dalam kelompok umur 12 hingga 15 tahun, dan kumpulan ini akan diberi vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada penghujung September.

Dr Sim turut melahirkan penghargaan kepada para pelajar dan ibu bapa kerana tampil secara sukarela untuk diberi vaksin.

“Terima kasih kepada guru-guru, agensi persekutuan dan negeri dan badan bukan kerajaan atas kerjasama dalam menyumbang kepada kejayaan pelancaran PICK di Sarawak,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan terutamanya Kementerian Kesihatan (KKM) kerana membenarkan Sarawak menjadi negeri pertama melaksanakan suntikan vaksin kepada kumpulan remaja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan