Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek baharu lonjak potensi Kabong dalam pelbagai sektor

KABONG: Kewujudan projek baharu yang dilaksanakan kerajaan bukan sahaja memberi sinar kepada penduduk Kabong, malah bakal mengubah wajah kawasan itu pada masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, projek yang dilaksanakan itu bakal melonjakkan ekonomi Kabong termasuk pertanian dan pelancongan.

Tambah Abang Johari kerajaan melihat perspektif cerah pembangunan Kabong pada masa depan berikutan usaha menaiktaraf kawasan itu sebagai daerah baharu.

Sumber: UKAS

“Perkara pertama kita akan membangunkan pejabat daerah Kabong yang akan menelan belanja kira-kira RM7 juta dan akan dilengkapkan dengan kemudahan yang dikehendaki dalam pejabat ini untuk memberikan khidmat yang lebih efektif kepada rakyat.” katanya selepas majlis taklimat projek pembangunan daerah kabong, di sini pada Sabtu.

Katanya, kewujudan pejabat baharu itu bakal memudahkan urusan masyarakat kampung selain mampu memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.

Sumber: UKAS

Selain itu ujarnya, kerajaan juga akan membangunkan pekan baharu Kabong meliputi kawasan tanah seluas 27 ekar yang bakal menjadi platform usahawan tempatan bagi menggembangkan ekonomi melalui perniagaan.

“Ketiga kita akan juga membangunkan dewan masyarakat yang baru yang boleh menampung keperluan untuk 300 orang dewan masyarakat yang berharga 5.5 juta dan keempat ialah kita akan membangunkan masjid baru dan masjid baru ini reka bentuknya memberi kemudahan digunakan oleh masyarakat kita di sini termasuklah kawasan atau pun space untuk mengadakan acara akad nikah.” katanya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan