JOHOR: Terengganu FC II berjaya membenam pasukan Kuching City FC 0-2 pada aksi liga perdana yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru pada Jumaat.
Aksi tersebut menyaksikan kesilapan pemain tuan rumah menghadiahkan satu jaringan gol kepada pasukan pelawat apabila Jimmy Raymond menjaringkan gol sendiri dalam usaha menghalang serangan lawan.
Selang 14 minit kemudian, Terengganu FC II menyumbat satu lagi gol, hasil jaringan pemain tengah Muhammad Nur Azfar.
Keputusan 0-2 kekal sehingga ke wisel penamat, menjadikan kemenangan memihak kepada TerengganuFC II.
Dengan kekalahan itu, Kuching City FC kekal dengan 24 mata dan bakal beraksi menentang pasukan Perak FC II pada 21 September nanti.