Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang “dine-in”

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 18 Sept: Kanak-kanak bawah umur 12 tahun masih tidak dibenarkan keluar ke tempat awam yang sesak, termasuk kedai makan, walaupun ‘dine-in’ mula dibenarkan di zon selatan Sarawak mulai Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengesahkan bahawa sekatan pergerakan untuk kanak-kanak itu masih dilaksanakan di seluruh Sarawak sementara kumpulan berisiko tinggi juga tidak digalakkan untuk keluar.

Kanak-kanak bawah umur 12 tahun masih belum layak untuk diberi vaksin dan ini menjadikan mereka berisiko tinggi terdedah kepada COVID-19, lebih-lebih lagi varian Delta kini berleluasa.

Penasihat JPBN Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyatakan kebimbangan beliau di mana varian Delta menyebabkan lebih ramai kanak-kanak dijangkiti.

Menurutnya, seramai 832 kanak-kanak di bawah usia enam tahun telah dijangkiti COVID-19 antara 1 hingga 12 Ogos, 773 kes merangkumi kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun dan 673 kes melibatkan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun.

“Walaupun mereka mungkin hanya mengalami gejala ringan, Dr Sim tetap mengingatkan dan mengingatkan bahawa masih terdapat banyak faktor yang barangkali memberi kesan jangka panjang COVID-19 kepada kanak-kanak termasuk radang pediatrik sindrom multisistem (PIMS).

“Sarawak berada di landasan yang tepat untuk memvaksin kumpulan remaja berusia 16 dan 17 tahun sebagai persiapan pembukaan semula sekolah,” katanya.

Program vaksinasi berkenaan akan diteruskan dengan menyuntik vaksin kepada penerima berusia 12 hingga 15 tahun pula. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan