Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jumlah kes harian Sarawak mampu turun kepada dua angka jika rakyat patuh

ByOdleen Catherny

KUCHING, 18 Sept : Pengumuman catatan kes-kes harian COVID-19 di Sarawak mampu dikurangkan sehingga bawah angka sepuluh sekiranya setiap individu terus memainkan peranan masing-masing mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan disiplin yang tinggi.

Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak,  Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata semua pihak perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama virus itu jika mahu melihat penurunan jumlah kes harian.

“Tidak kira seberapa banyak ujian saringan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kuarantin kendiri di rumah, sekatan, vaksinasi, perubahan SOP dibuat, jika masyarakat masih berdegil penurunan kes sehingga dua angka tidak akan mampu berlaku dalam masa terdekat.

“Meskipun kita (Sarawak) kurang merekodkan kes dalam kategori 3, 4 dan 5 termasuklah jumlah kematian yang paling rendah di Malaysia, pengurangan kes harian juga perlu diusahakan yang mana ia sekaligus mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebook rasminya, pada Sabtu.

Jelasnya, jumlah kes yang tinggi secara langsung membebankan pihak hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kerajaan tidak mampu bertindak ke atas jumlah jangkitan yang dilaporkan beberapa hari ini kerana ia mencerminkan penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat tempatan selama 14 hari yang lepas.

“Kami mohon kepada masyarakat untuk bersama-sama hentikan penularan ini, patuhi SOP dengan penuh disiplin dan kita mampu melihat perubahan ini dalam 14 hari yang akan datang,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa yakin jumlah kes harian dapat dikurangkan sekiranya semua pihak memainkan peranan dan bekerjasama menuju usaha tersebut.

Sumber : FB Sim Kui Hian

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan