Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gim di Sarawak kembali beroperasi , tertakluk kepada syarat

KUCHING, 18 Sept : Pusat-pusat gimnasium di Sarawak yang diarah tutup sebelum ini kini dibenarkan beroperasi semula kecuali di negeri-negeri yang masih di Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), aktiviti-aktiviti di gim dihadkan hanya kepada mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19.

Perkara itu dinyatakan dalam kemas kini prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan MKN melalui telegram rasmi mereka.

Pada masa sama, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam perkongsian di laman Twitter beliau mengingatkan semua pihak supaya mengikuti SOP yang ditetapkan.

“Gimnasium kini dibuka untuk operasi. Sila ikuti SOP dan terutamanya garis panduan pengudaraan. Nikmati kehidupan sihat!,” katanya yang turut berkongsi infografik MKN yang dikemas kini pada Jumaat.

Dalam SOP yang sama juga, semua fasiliti sukan dan rekreasi tertutup (indoor) dibenarkan kembali beroperasi dalam Fasa Dua dan Tiga PPN.

“Pengoperasian ini melibatkan SOP pematuhan 50 peratus kapasiti penggunaan atau kawasan dengan kawalan penyeliaan.

“Kehadiran pekerja pula adalah tidak melebihi 60 peratus tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi untuk Fasa Dua dan 80 peratus untuk Fasa Tiga,” jelasnya.

Mereka yang sudah divaksin turut dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.

Namun begitu, pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup awam adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pihak berkuasa berkaitan.

Sementara itu, di bawah Fasa Empat PPN semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 100 peratus merangkumi penggunaan pelanggan atau pengguna dan kehadiran pekerja.

Waktu operasi pula adalah tertakluk kepada syarat lesen, sementara pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi awam di Fasa Empat juga tertakluk kepada PBT dan pihak berkuasa berkaitan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan