Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Empat kes positif dikesan di pintu masuk ke Pulau Langkawi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, Sept 18: Sebanyak empat kes positif COVID-19 dikesan daripada 3,454 pelancong yang menjalani saringan di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.

Hal tersebut didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.

“Dua kes dikesan di pintu masuk antarabangsa (PMA) Terminal Feri Kuala Perlis manakala satu kes masing-masing dikesan di PMA Lapangan Terbang Pulau Pinang dan PMA Subang,” katanya.

Pada Jumaat, sebanyak lima kes positif COVID-19 dikesan di empat pintu masuk lapangan terbang dan terminal feri Kuala Perlis melalui ujian RTK-Ag terhadap 2,528 individu yang mahu ke Pulau Langkawi.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik seterusnya.

Inisiatif ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan kelancarannya dan tidak menjadi punca peningkatan kes serta tercetusnya kluster baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan