Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: 15,549 kes baharu, menurun berbanding semalam – KP Kesihatan

ByBernama

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan yang baik apabila menurun kepada 15,549 kes setakat 12 tengah hari ini, berbanding 17,577 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya hari ini memaklumkan angka kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes tersebut kini 2,082,876.

Menurutnya Sarawak mencatat jumlah kes tertinggi dengan 2,929 kes diikuti Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375) dan Kelantan (1,214).

Seterusnya, Perak dengan 1,120 kes, Kedah (1,073), Terengganu (755), Pahang (634), Kuala Lumpur (382), Melaka (263), Negeri Sembilan (131), Perlis (33), Putrajaya (31) dan Labuan (11), katanya.

Sementara itu, menerusi maklumat infografik di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 sehingga 5 petang semalam ialah 68 peratus daripada 17,028 katil bagi penggunaan bukan unit rawatan rapi (ICU) manakala bagi katil ICU kes wabak itu ialah 76 peratus daripada 1,611 katil.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan