Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak memerlukan lebih 1,800 pakar perubatan bagi menampung hampir 3 juta populasinya

BAU, 17 Sept : Sarawak memerlukan lebih 1,800 pakar perubatan dalam pelbagai bidang di hospital kerajaan, kata Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurutnya, ketika ini hanya 532 orang sahaja yang ditempatkan yang mana jumlah ini tidak cukup berdasarkan nisbah populasi di negeri ini.

Jelasnya antara faktor penyebab masalah kekurangan pakar perubatan bagi Sabah dan Sarawak kerana kebanyakkan mereka berhijrah ke luar negara.

“Kerajaan telahpun melantik pegawai perubatan secara kontrak bagi mengatasi masalah kekurangan pegawai perubatan dan pakar perubatan.

“Sekarang ada cadangan untuk membawa masuk pakar secara kontrak dari luar negara tetapi perkara ini masih di peringkat perbincangan memandangkan kos gaji yang tinggi,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke Hospital Bau di sini, hari ini.

Pada masa sama beliau memberitahu kerajaan juga sedang membuat penilaian terhadap masalah kekurangan fasiliti kesihatan di Sabah dan Sarawak.

Katanya kebanyakan projek persekutuan yang dianggap ‘sakit’ di Sabah dan Sarawak melibatkan pembinaan hospital dan klinik kesihatan yang gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Kerajaan sedang membuat penilaian terhadap masalah ini dan juga berusaha untuk menambah baik fasiliti kesihatan di Sarawak dan Sabah, terutama memastikan pembinaan hospital baharu dan klinik kesihatan segera disiapkan,” ujarnya.

Antara projek hospital baharu yang masih belum disiapkan sepenuhnya di Sarawak termasuk Hospital Petra Jaya, Hospital Sri Aman, Hospital Lawas dan Hospital Miri.

Beliau berkata kedua-dua negeri ini memerlukan tambahan hospital dan klinik kesihatan memandangkan pertambahan penduduk serta banyak hospital dan klinik kesihatan yang ada tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit yang bertambah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan