Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peralihan Sarawak ke fasa endemik masih di peringkat perbincangan

BAU, 17 Sept : Peralihan negeri ini ke fasa endemik masih di peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurutnya, ini kerana jika dilihat dari segi kadar vaksinasi yang tinggi, Sarawak tampil bersedia namun beberapa perkara perlu dipertimbangkan lebih-lebih lagi dari segi kes-kes positif COVID-19 yang masih tinggi dilaporkan dalam negeri ini.

“Kes-kes yang tinggi ini 99 peratus adalah daripada kategori 1 dan 2 sahaja dan kurang 1 peratus direkodkan daripada kategori 3, 4 dan 5.

“Melihat kepada situasi ini, tiada masalah untuk Sarawak beralih ke fasa endemik kerana COVID-19 ini kelak akan dirawat seperti selesema biasa, tapi segalanya masih di peringkat perbincangan,” katanya ketika ditemui pemberita pada lawatan di Hospital Bau, di sini, hari ini.

Pada masa sama beliau memberitahu, kementerian mungkin mempertimbangkan untuk melakukan ujian saringan COVID-19 hanya kepada mereka yang mempunyai simptom-simptom ketara.

Ini bagi mengelak berlakunya ‘back log’ ataupun penangguhan dalam mendapatkan keputusan ujian ekoran sampel saringan yang diambil terlalu banyak dalam masa sehari.

“Kalau mereka yang kontak rapat namun tidak bergejala, kita mungkin akan mengarahkan mereka untuk kuarantin di rumah sahaja tanpa perlu melakukan ujian saringan.

“Sebab sekiranya semakin ramai disaring termasuk mereka yang tidak bergejala maka semakin tinggi potensi mengalami ‘back log’ ekoran melebihi kapasiti uji kaji makmal ujian COVID-19 dalam sehari,” jelasnya.

Untuk rekod, kapasiti uji kaji COVID-19 di Sarawak ditetapkan kepada 6,800 sampel sehari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan