Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Enam warganegara asing miliki pelbagai senjata tiruan ditahan

ByKhairil Zharif Affindie

MUKAH, 17 Sept : Serbuan pihak berkuasa di sebuah rumah tidak beralamat di daerah ini awal pagi tadi berjaya menahan enam warga asing yang memiliki pelbagai jenis senjata tiruan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, pada mulanya, serbuan hasil maklumat awam pada pukul 3.05 pagi itu dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bersama Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPNS) adalah berkait kesalahan disyaki tinggal di negeri ini melebihi tempoh masa dibenarkan.

Bagaimanapun katanya, pemeriksaan lanjut di rumah yang terletak di Jalan Orang Kaya Setiaraya itu menemukan 17 laras senjata tiruan pelbagai model, 24 kelopak peluru tiruan, 12 paket peluru lembut yang digunakan untuk permainan paintball dan dua buah kenderaan dipercayai milik suspek.

” Sehubungan itu, kesemua suspek warga Indonesia dan barang rampasan telah diserahkan kepada pihak polis. Berdasarkan soal siasat , suspek memberitahu bahawa senjata-senjata tiruan ini akan dijual kepada seorang individu yang ingin menggunakannya dalam perniagaan permainan paintball namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rancangan berkenaan tergendala,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Imigresen Mukah di sini hari ini.

Ujarnya, siasatan dilakukan di bawah seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 dan Akta Imigresen 1969/1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pembekal dan pembeli senjata berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan