Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Negara catat 18,815 kes baharu, Sarawak tertinggi pada Khamis

KUCHING: Malaysia mencatatkan sebanyak 18,815 kes baharu positif COVID-19 pada Khamis.

Dengan pertambahan tersebut, ia menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,049,750 kes.

Sarawak merupakan negeri yang tertinggi catatan kes baharu iaitu sebanyak 3,660 kes, diikuti Selangor dengan 2,718 kes dan Johor 2,206 kes.

Sebanyak 78.20 peratus kes yang dicatatkan di Sarawak pada Khamis merupakan kategori 1 iaitu tidak bergejala.

Manakala kategori 2 iaitu gejala ringan adalah sebanyak 21.78%.

Tiada kes bagi kategori 3 dan 4, namun terdapat satu kes untuk kategori 5

Pada Khamis juga, terdapat lima kematian dicatatkan yang melibatkan daerah Sibu, Kuching, Mukah, dan Miri.

Sementara itu, sebanyak 17 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan