Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MoU termeterai, fokus pembangunan pendidikan ahli

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 16 SEPT : Memorandum Persefahaman MoU yang telah termeterai antara Majlis Pengakap Sarawak dengan beberapa institusi diharap dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan dalam kalangan ahlinya. 

Presidennya Tan Sri William Mawan Ikom berkata, ia akan memfokuskan kepada pembangunan pendidikan setiap ahli serta anak-anak mereka supaya dapat melanjutkan pelajaran ke persada antarabangsa.

“Kami sentiasa mengharapkan mana-mana kerjasama lain agar kami dapat membantu ahli-ahli pengakap terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,”

Antara institusi yang terlibat dalam MoU ini termasuk Kolej SATT, Kolej Teknologi Sarawak, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Kolej Sunway Kuching dan Kolej Segi Kuching.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Hallman Sabri turut berharap dengan adanya MoU ini, Sarawak bakal mempunyai lebih ramai belia yang terlatih.

“Bagi saya harapan kita adalah untuk melahirkan belia-belia yang mempunyai bakat kemahiran yang boleh membantu kehidupan mereka dan secara tidak langsung boleh meningkatkan kebolehkerjaan belia di Sarawak ,”

Bagi Ketua Eksekutif Kolej SATT Mohamad Nazri pula, inilah peluang yang harus direbut kerana pelbagai manfaat dapat diperolehi lebih-lebih lagi kepada yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sarawak terutamanya untuk merebut peluang ini untuk melanjutkan pelajaran lebih-lebih lagi golongan yang memerlukan, terdapat beberapa biasiswa yang ditawarkan,”

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan