Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lengkap dua dos sebelum pulang ke tanah air

KUCHING, 16 SEPT: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengingatkan individu yang berada di Semenanjung atau Sabah melengkapkan dos vaksin sebelum pulang ke Sarawak.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak telah mengumumkan bahawa sesiapa sahaja daripada Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak perlu menjalani kuarantin dengan syarat telah menerima dua dos vaksin atau lengkap divaksinasi.

“Oleh itu, saya ingin mengingatkan orang ramai khususnya yang berbangsa Iban sama ada dari Semenanjung mahupun Sabah dan Labuan yang bekerja atau lain-lain dan hendak pulang ke Sarawak supaya melengkapkan dos vaksin. Apabila lengkap vaksin, anda tidak perlu dikuarantin,” katanya kepada TVS pada Khamis.

Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah membuat keputusan mereka yang lengkap vaksin COVID-19 diberi pengecualian kuarantin apabila tiba Sarawak, berkuatkuasa 16 September 2021.

Keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian situasi COVID-19 di negeri Sarawak serta negeri lain.

Bagaimanapun, individu yang mahu memasuki Sarawak masih perlu mendapatkan permit polis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan