Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lawan web COVID-19 Memorial Malaysia simpan kenangan

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR: Sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pelbagai bansga dan agama telah membangunkan sebuah laman web “COVID-19 Memorial Malaysia” bagi memperingkat mangsa yang terkorban akibat COVID-19.

Laman web ini akan menyiarkan gambar dan info mengenai arwah atau mendiang sekali gus mendapatkan persetujuan daripada keluarga dan waris mangsa melalui laman web yang dihebahkan mulai 31 Ogos lepas.

“Data juga diambil dan dikumpul melalui berita yang dilaporkan media tempatan serta status posting awam di media sosial.

“Selain itu, laman web ini juga menyediakan rujukan bantuan bagi kesihatan mental serta pautan kepada agensi-agensi yang menawarkan bantuan menghadapi pandemik ini. Justeru, tanggal 19 hari bulan setiap bulan ditetapkan sebagai hari peringati mangsa COVID-19,” menurut Pasukan sukarelawan berkenaan dalam kenyataan itu.

Disamping itu, laman web ini turut mendapat khidmat nasihat daripada Bolehspace iaitu kumpulan yang aktif memperjuangkan suara golongan Orang Kurang Upaya.

Terdahulu pada 12 Ogos yang lepas, seramai 12 orang individu telah menawarkan diri bagi perbincangan kali pertama yang dilakukan secara maya.

Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk berkongsi pengalaman bersama orang tersayang di media sosial masing-masing digalakkan menggunakan #c19memorialmy dan tag covidmemorialmy.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan