Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan negeri terima sumbangan alat kesihatan dan bakul makanan

ByKhairil Zharif Affindie

Oleh : Ammierul Mukminin

KOTA KINABALU,16 SEPT: Kerajaan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negeri Sabah menerima sumbangan berupa peralatan kesihatan dan bakul makanan daripada dermawan Tan Sri Lee Kim Yew.

Lee menyampaikan sumbangan berkenaan melibatkan 30 mesin bantuan oksigen, 20,000 pelitup muka dan herba kepada ketua menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam satu majlis ringkas di menara Kinabalu di sini semalam.

Mesin bantuan oksigen berkenaan akan digunakan di hospital-hospital di negeri ini.

Hajiji turut menyampaikan 5,000 bakul makanan sumbangan Lee kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Datuk Dzulkarnain Ahmad yang akan diedarkan ke cawangan jabatan berkenaan di Sabah.

Turut hadir, setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan