Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KOTA KINABALU, 16 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM18,241,250 kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor pada majlis penyampaian peruntukan persediaan bencana kerajaaan persekutuan melalui Nadma Jabatan Perdana Menteri kepada kerajaan negeri Sabah untuk 2021/2022 di Menara Kinabalu hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ismail luang masa lawat mangsa tanah runtuh di Penampang

PENAMPANG, 16 SEPT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluang masa melawat mangsa tanah runtuh di Kampung Madsiang, dekat sini, sebentar tadi. 

Ismail Sabri tiba di lokasi kejadian sekitar jam 2.21 petang menaiki kenderaan khas bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Meluangkan masa kira-kira 10 minit, Perdana Menteri meninjau di sekitar lokasi kejadian bagi melihat situasi sebenar tanah runtuh yang menimpa tiga keluarga di kawasan terbabit. 

KOTA KINABALU, 16 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM18,241,250 kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor (tiga, kanan) pada majlis penyampaian peruntukan persediaan bencana kerajaaan persekutuan melalui Nadma Jabatan Perdana Menteri kepada kerajaan negeri Sabah untuk 2021/2022 di Menara Kinabalu hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin (dua, kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (dua, kiri). –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beliau juga sempat bertanya khabar beberapa ahli keluarga yang menjadi mangsa tanah sebelum menyampaikan sumbangan. 

Terdahulu, terdapat dua video tular memaparkan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah rumah hampir ranap dipercayai berlaku di Kampung Madsiang, Penampang. 

Kejadian terbabit turut menyebabkan beberapa kenderaan penduduk rosak teruk. 

Dalam video berdurasi 29 dan 48 saat turut memaparkan situasi beberapa individu termasuk dua kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian berkenaan. 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan