Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cuepacs minta 30,000 penjawat awam segera daftar, terima suntikan vaksin Covid-19

ALOR SETAR, 16 Sept — Kira-Kira 30,000 penjawat awam yang dikesan belum mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat ini diminta segera berbuat demikian bagi membantu usaha kerajaan ke arah mencapai imuniti kelompok sebelum tahun 2022.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata penjawat awam merupakan pelaksana dasar kerajaan sekali gus amat penting untuk mereka mengamalkan dasar itu termasuk berkaitan program vaksinasi negara.

“Kita adalah penjawat awam yang menerima arahan kerajaan dan dasar kerajaan, jadi apabila diarahkan vaksinasi ini kita kena vaksinlah,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan tiga unit respirator pembersih udara berkuasa (PAPR) kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.

Beliau berkata ketua jabatan perlu memainkan peranan penting memberi penjelasan sebaik mungkin mengenai kepentingan mengambil suntikan vaksin.

“Pendekatan yang patut diambil ialah berjumpa dengan semua mereka yang diketahui tidak menerima suntikan vaksin ini dan (ambil) tahu apa masalah mereka di lapangan,” katanya.

Timbalan Pengarah Perubatan HSB Dr Siti Norhani Mazrah Khalid pula berkata hampir 400 daripada 1,108 katil di hospital itu digunakan untuk pesakit COVID-19.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 44 katil adalah untuk pesakit COVID-19 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.           — BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan