Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak sambut baik cadangan pengurangan SOP – Rahman Junaidi

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sarawak menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan yang kini di peringkat akhir untuk mengurangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) daripada 181 SOP kepada 10 SOP sahaja.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata usaha meringkaskan SOP merupakan keputusan yang tepat, memandangkan SOP sedia ada telah banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat umum.

“Kadang-kadang kita tidak tahu yang mana SOP baharu dan yang mana lama dan ada yang berulang-ulang jadi cadangan itu adalah baik supaya kita dapat meringkaskan SOP sedia ada kepada yang utama dan mudah difahami.” katanya ketika ditemui selepas merasmikan gelanggang futsal di Kampung Pasir Panjang pada Rabu.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak juga sedang memperhalusi semula garis panduan SOP untuk negeri ini.

“Diperingkat negeri pun kita akan mencontohi dimana saya telah mendapat maklum daripada Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas supaya garis panduan SOP akan dinilai semula dan diringkaskan dan banyak perubahan-perubahan baharu nanti akan dikeluarkan dalam tempoh minggu hadapan.” katanya lagi.

Katanya usaha itu juga akan memberi kelonggaran kepada sektor ekonomi, sektor sosial, sektor keagamaan dan sebagainya.

Beliau percaya cadangan ini pastinya akan memberi kelegaan kepada masyarakat menjelang menghadapi perubahan fasa pandemik kepada fasa endemik.

Pada Selasa, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan kerajaan kini berada diperingkat akhir bagi proses mengurangkan jumlah SOP PPN.

Ia dijangka mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan