Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki ditahan dipercayai edar dadah sejak lapan bulan lepas

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid menunjukkan barang rampasan dalam kes penahanan seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah di Teluk Intan dan kawasan sekitarnya

TELUK INTAN, 15 Sept — Kegiatan licik seorang lelaki yang dipercayai mengedar pelbagai jenis dadah sejak lapan bulan lepas akhirnya tumpas selepas dia ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan Pekan Baru, di sini awal hari ini.

 Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata serbuan pada kira-kira 2.30 pagi itu dilakukan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak.

“Selain memberkas lelaki tempatan berusia 36 itu, pemeriksaan menemukan dan merampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin dan ganja yang diletakkan di dalam peket plastik lut sinar, kesemuanya bernilai RM87,733.

“Turut dirampas, sepucuk pistol, kelopak dan peluru serta rantai leher bernilai RM2,500,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif terhadap dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan dia turut memiliki lima rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.

Beliau berkata pihaknya percaya dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada lebih 3,500 orang penagih termasuk di kawasan sekitar.

Katanya lelaki itu direman tujuh hari hingga 21 Sept untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan