Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anak jumpa bapa lemas di dalam sungai

KUALA TERENGGANU, 15 Sept — Seorang tukang membaiki bot ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menurunkan bot berhampiran limbungan di Kampung Pulau Ketam di sini, awal pagi tadi.

Mayat Izman Mohamed, 44, ditemukan anaknya Syazrin Daniel, 22, di dalam sungai berhampiran limbungan pembaikan bot milik keluarga mereka, kira-kira 8 pagi tadi.

Adik mangsa, Juhan Mohamed, 32, berkata kira-kira 3.30 pagi tadi, beliau bersama Izman, Syazrin Daniel serta dua pekerja mereka menurunkan sebuah bot yang telah siap dibaiki ke sungai.

“Semasa saya menurunkan bot, dia (Izman) ada berdekatan tebing sungai dan air pada waktu itu di paras pinggang sahaja. Selepas selesai menurunkan bot pada kira-kira 4.30 pagi, kami berempat kemudian naik ke darat dan saya mendapati abang saya tiada.

“Selepas itu kami cari abang di kawasan sekitar. Lebih kurang empat jam selepas itu, baru anak saudara (Syazrin Daniel) saya jumpa ayahnya di dalam air (sungai),” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian dan memaklumkan mayat Izman dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Tags: #bm, lemas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan