Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak perhebat program tangani isu kesihatan mental

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, Sept 14 : Berikutan statistik kes bunuh diri yang menunjukkan tren membimbangkan, kerajaan negeri kini memperhebatkan pelbagai program berkaitan kesihatan mental dalam usaha memastikan isu berkenaan dapat ditangani dengan baik.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sejak Mei 2020 hingga bulan ini, sebanyak 47 program telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

” Pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri juga menyediakan perkhidmatan telekaunseling iaitu Perkhidmatan Komuniti CHAT bagi menangani isu berkaitan kesihatan mental,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Rumah Kebajikan Shine di sini hari ini.

Ancaman kesihatan mental kini menjadi isu yang perlu ditangani di Sarawak berdasarkan statistik sepanjang tahun ini sahaja, terdapat 84 kes dilaporkan dengan 51 kes bunuh diri manakala 33 cuba bunuh diri.

” Sebanyak 63 kes membabitkan lelaki dengan 88 peratus terdiri daripada individu yang berumur 18 tahun ke atas,” katanya.

Mengulas lanjut, Fatimah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada kesejahteraan komuniti dan seterusnya menyumbang kepada pelbagai isu sosial dalam masyarakat seperti kesihatan mental, kemiskinan, keganasan rumah tangga dan gelandangan.

” Bagaimanapun saya ingin menyeru dan memberi nasihat, jika anda mengalami kemurungan, ingatlah bahawa anda sebenarnya tidak bersendirian kerana pertolongan sentiasa ada menerusi pelbagai platform. Nyawa anda sangat bernilai,” katanya,

Sebagai contoh, beliau memberitahu, setakat ini sebanyak 634 perkhidmatan sesi kaunseling telah disediakan di seluruh negeri melibatkan para pegawai psikologi dan Pasukan Sokongan Psikologi yang memberi khidmat kaunseling, pengurusan krisis, bimbingan, sokongan dan pendidikan kesihatan psikologi melalui talian telefon atau aplikasi media sosial.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu kementeriannya melalui Majlis Pembangunan Sosial telah menerbitkan garis panduan kenyataan media untuk pelaporan bunuh diri atau cubaan bunuh diri yang akan diedarkan ke semua pejabat polis di Sarawak.

“Ia adalah langkah bagi mengelakkan pendedahan maklumat tertentu demi menjaga perasaan keluarga mangsa dan juga mengelak kumpulan rentan daripada mengambil tindakan yang memudaratkan diri sendiri,” ujarnya. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan