Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak lulus RM28.6 juta bantu petani tempatan

KUCHING, 14 Sept : Kerajaan negeri memperuntukkan dana berjumlah RM28.8 juta sebagai bantuan tambahan kepada sektor pertanian dan golongan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri , Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, suntikan berkenaan membuktikan kerajaan sangat prihatian terhadap kebajikan golongan petani bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Ujarnya, peruntukan yang dikenali sebagai Dana Agro Sarawak terbahagi kepada dua kategori iaitu pinjaman dan juga sebagai dana permulaan.

“Setakat ini kita telah meluluskan jumlah berkenaan kepada 25 pemohon di seluruh negeri. Ini dapat membantu petani untuk berkembang serta membolehkan mereka meningkatkan produktiviti,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Carus Greenwelath Sdn. Bhd. dan Antares Ventures Sdn. Bhd. di sini hari ini.

MoU berkenaan dijangka akan membuka laluan kerjasama membabitkan pihak -pihak terlibat untuk membangunkan kawasan penanaman padi di negeri ini selain bagi memanfaatkan faktor permintaan tinggi terhadap makanan ruji berkenaan.

Amar Douglas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah pada masa sama turut menyeru golongan belia untuk berkecimpung dalam sektor pertanian moden.

Katanya, Sarawak kini dalam perancangan pertanian rumah hijau yang menggabungkan teknologi terkini seperti di Stesen Pertanian Bersepadu Rampangi.

“Kita memberi tumpuan untuk menuju ke arah pertanian moden dengan menggunakan internet kebendaan (IoT) yang dapat melonjakkan hasil pengeluaran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan