Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gangsa Olimpik, Wooi Yik terima RM50 ,000

ByKhairil Zharif Affindie

KUALA LUMPUR, 14 Sept : Pemenang pingat gangsa acara beregu lelaki Sukan Olimpik 2020, Soh Wooi Yik hari ini menerima insentif wang tunai berjumlah RM50 000 yang diberikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menurut Wooi Yik, dia berasa amat terharu terhadap penghargaan berkenaan kerana latar belakangnya sebagai atlet yang pernah mewakili Wilaya Persekutuan selama hampir 10 tahun.

“Saya memulakan karier sebagai pemain badminton sejak kecil dengan mewakili kontinjen ini. Bagi saya, pengalaman menyertai program dilaksanakan Wilayah Persekutuan sangat bagus kerana ia merupakan satu platfrom yang berkualiti sebelum saya menyertai pasukan kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas majlis penyerahan insentif berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan , Datuk Seri Shahidan Kasim di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar.

Dalam perebutan pingat gangsa pada sukan berprestij berkenaan, Wooi Yik bersama gandingannya, Aaron Chia mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan wakil Indonesia yang juga bekas beregu nombor satu dunia, Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan dengan keputusan 17-21, 21-17 dan 21- 14. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan