Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penunggang motosikal maut tersepit di bawah lori

ByKhairil Zharif Affindie

MIRI, 13 SEPT : Seorang penunggang motosikal maut digilis selepas bertembung sebuah lori tangki di sini.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi Isnin, mangsa, seorang warga Indonesia berusia 43 tahun, dikatakan hilang kawalan kenderaannya ketika keluar dari simpang dan bertembung dengan lori tangki dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata motosikal itu melanggar bahagian bawah kiri lori tersebut yang bergerak dari bandaraya Miri menuju ke Bintulu.

“Mangsa tersepit di bawah kenderaan tangki jadi pasukan penyelamat menggunakan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa dari bawah lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Tambahnya Law lagi, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis manakala pemandu lori berkenaan telah menyerahkan diri di balai polis berdekatan.

Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan