Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Langkawi akan dijadikan penanda aras gelembung pelancongan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang akan bermula Khamis, 16 Sept, bakal dijadikan penanda aras dalam usaha memperluaskan inisiatif berkenaan agar lebih banyak destinasi pelancongan di dalam negara dibuka.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata selari dengan usaha berkenaan, beliau menasihatkan individu mahupun keluarga yang ingin melancong ke Langkawi, agar menjadi pelancong yang bertanggunjawab kerana ia bakal menentukan nasib sektor pelancongan negara.

“Kita nak melihat bagaimana kesan daripada Langkawi ini kepada keseluruhan sektor ekonomi terutamanya sektor pelancongan.

“Ia akan menjadi model kepada gelembung pelancongan kita dan kita harap Langkawi ini menjadi satu model yang baik bagi membolehkan kita memperkenalkan lebih banyak gelembung dalam sektor-sektor lain,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Nancy juga mengharapkan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan antaranya pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, bagi pergerakan menggunakan jalan darat.

Dalam pada itu, Nancy berkata terdapat juga beberapa cadangan oleh pihak swasta untuk mewujudkan pusat ujian calitan kepada pelancong yang akan ke Langkawi.

“Ia merupakan inisiatif yang sangat baik, walaupun tidak diwajibkan ke atas individu untuk menjalani ujian swab tetapi ia telah dicadang untuk dilakukan di suatu sudut sebelum pelancong nak masuk  dalam feri dan saya telah meminta mereka berbincang dengan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi),” katanya menambah ia diharap mendapat kerjasama baik.

Nancy juga menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah agar kerajaan yang baharu dibentuk ini segera melipatgandakan usaha memerangi COVID-19 dan membawa negara serta rakyat keluar daripada ancaman pandemik itu.

– BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan