PESAWAT perang Israel melakukan serangan udara di tiga kawasan berasingan di Semenanjung Gaza yang di kepung.
Menurut Agensi Anadolu (AA), Israel menyerang Rafah, Khan Yunis dan Beit Lahia di selatan Gaza.
“Kami menyerang empat lokasi Hamas yang digunakan untuk latihan ketenteraan, bengkel senjata dan pintu masuk ke terowong pengganas bawah tanah,” kata tentera Israel di Twitter.
Tiada kematian dilaporkan.
Pada Ahad, Israel mendakwa tiga roket dilancarkan dari Gaza dalam tempoh 48 jam tetapi berjaya dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.