Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hospital Medan MERCY HUS punyai pengasingan yang lebih baik

KUCHING, 13 Sept: Hospital Medan yang ditaja Mercy Malaysia (MERCY) di Hospital Umum Sarawak (HUS) bakal mempunyai pengasingan yang lebih baik antara pesakit COVID-19 dan bukan pesakit COVID-19.

Menerusi tinjauannya, Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, kemudahan berkenaan yang telah ditambah baik dengan kapasiti lebih besar dijangka akan beroperasi dalam masa terdekat.

“Fasilitinya ditambah baik dengan kapasiti lebih besar dan ia adalah lebih baik daripada mengunakan ‘bahagian koridor luar’.

“Kerajaan negeri akan membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan HUS dari segi pembiayaan jika fasiliti lain seperti peralatan perubatan diperlukan,” katanya.

Hospital medan tersebut yang turut dilengkapi fasiliti Kemalangan dan Kecemasan (A&E) COVID-19 mampu menampung sehingga 60 pesakit pada satu-satu masa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan