KOTA SAMARAHAN, Sept 11 : Golongan muda berusia 18 hingga 21 tahun pada zaman sekarang dilihat sebagai sudah bersedia dan matang untuk memilih wakil mereka di parlimen dan Dewan Undangan Negeri jika cadangan bagi mereka untuk menjadi pengundi dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Itu adalah pendapat ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang.
“Sekiranya kalau SPR dan proses pendaftaran bagi anak muda sudah bersedia, ini merupakan perkara yang bagus kerana anak muda yang berumur 18 tahun sekarang ini sangat matang jika dibanding dahulu,” ujarnya.
Undi 18, katanya, adalah perkara penting bagi anak muda sekarang kerana hak mereka untuk bersuara perlu diterjemahkan menerusi kertas undi.
Golongan muda berumur 18 hingga 21 tahun perlu memberi pandangan kerana ia adalah sangat penting untuk mereka menentukan hala tuju masa depan negara yang akan mereka warisi.
Idris yang juga merupakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mematuhi perintah mahkamah tinggi untuk melaksanakan undi 18 jika tidak ada rayuan dikemukakan terhadap keputusan tersebut kepada mahkamah rayuan.
Beliau juga mengatakan bahawa spr harus mengemukakan sebab munasabah kenapa perintah mahkamah tinggi tidak dapat dijalankan hingga ke tahap kepuasan mahkamah.
“Persoalannya ialah, adakah mereka bersedia?,”
“Saya pasti mereka tahu hak mereka,”
“Jadi kita tidak perlu tunggu lagi,”
“Kita tidak perlu tunggu lagi, kita perlu mendidik mereka seawal umur tujuh tahun lagi,” tegas beliau.
Beliau turut menegaskan bahawa SPR merupakan agensi untuk didengari kerana SPR adalah badan berkuasa yang bebas dan bertanggungjawab untuk segala perkara berkaitan pilihan raya secara demokratik dan adil.