SIBU: Program vaksinasi remaja di Sibu dilihat berjalan lancar dengan kadar pemberian vaksin yang cukup memberangsangkan.
Sejak bermula pada 9 September lalu, lebih 8000 remaja berusia 16 dan 17 tahun telah berjaya diberikan suntikan vaksin.
Menurut pembantu Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sibu Wan Suandi Wan Sait, jumlah tersebut sudah mencapai sasaran ditetapkan.
Beliau yang juga penolong pegawai perubatan menjelaskan mereka yang berusia 12 hingga 15 tahun dengan komorbid juga turut diberikan suntikan vaksin.
“Secara keseluruhannya, kita sudah mencapai jumlah vaksin untuk remaja di bahagian Sibu ini.”katanya ketika ditemui TVS pada Ahad.
Jelasnya, operasi pada hari terakhir pada ahad adalah secara walk-in untuk remaja yang terlepas mendapatkan vaksin mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
Bagi mereka yang tidak sempat hadir pula disarankan agar pergi ke mana-mana PPV awam di klinik kesihatan berdekatan yang masih beroperasi.
Terdahulu, seramai 9289 pelajar 16 dan 17 tahun dijadualkan menerima vaksin jenis Pfizer Biontech di tiga buah PPV di Sibu