Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KPDNHEP akan pantau SOP di premis perniagaan

KUCHING : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di semua premis perniagaan bagi memastikan peniaga serta pelanggan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasaan (KPDNHEP) Putrajaya, Azman Adam, ia berikutan pembukaan sektor perdagangan dan pengedaran yang telah dibenarkan beroperasi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“KPDNHEP Negeri Sarawak telah menggerakkan semua pegawai penguatkuasa seramai lebih 176 orang di seluruh negeri bagi memastikan premis-premis perniagaan tidak menjadi penyumbang kepada penularan semula pandemik COVID-19 dalam negara,” beliau menyebut dalam satu kenyataan pada hari ini.

Menurutnya lagi, sebanyak 55,068 premis telah diperiksa menerusi penguatkuasaan SOP PKP di bawah Akta 342 yang dilaksanakan pada 13 Mei 2021 hingga 10 September 2021.

“Daripada jumlah itu, 163 kompaun telah dikenakan ke atas pesalah yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dengan nilai kompaun sebanyak RM494,000,” tambahnya.

Azman menegaskan, meskipun pembukaan perdagangan dan pengedaran ini merupakan satu usaha bagi tujuan merancakkan dan memulihkan ekonomi, namun harus diingat ia bukan satu kebebasan tanpa kawalan bagi peniaga dan pengguna.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan