Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hotel tidak sepatutnya dikompaun dalam tempoh PPN – Abdul Karim

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

ASAJAYA, Sept 12 : Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kesal dengan tindakan anggota penguat kuasa mengenakan kompaun ke atas  dua buah hotel yang beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa kedua.

Menurutnya, di bawah fasa ini hotel – hotel dibenarkan untuk beroperasi.

Bagaimanapun, baru-baru ini, dua buah hotel di Kuching telah dikenakan kompaun RM10,000.

“Kompaun tersebut akan memberi kesan kepada industri perlancongan di Sarawak.

“Oleh hal yang demikian, saya menyeru agar pihak penguat kuasa melihat kembali SOP PPN Fasa kedua sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media setelah merasmikan Program Kembara Semarak Merdeka 2021 pada Sabtu.

Jelasnya, beliau akan mengemukakan perkara berkenaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan