Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga negeri ‘berperang’ rebut slot ke Asia

KUALA LUMPUR, 11 Sept : Ketika aksi Liga Perdana 2021 semakin sengit menuju perlawanan terakhir untuk penentuan kejuaraan membabitkan Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC, situasi sama turut melanda kancah saingan Liga Super musim ini.

Apa yang berbeza ialah, tiga pasukan iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Pulau Pinang FC (Penang FC) dan wakil Pantai Timur, Terengganu FC kini sedang bersaing sengit untuk muncul sebagai naib juara sekaligus mengesahkan slot ke saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tahun depan.

Bekas juara dua kali Liga Super, KDA FC kini menduduki tempat kedua dengan 40 mata namun dihimpit Penang FC di tempat ketiga yang memiliki kutipan mata yang sama namun dibezakan dengan jumlah jaringan berbanding jirannya itu.

Di laluan sama, Terengganu FC turut mengintai peluang biarpun agak berliku apabila bertandang ke Stadium Bandaraya bertemu Penang FC malam esok.

Tiada jalan lain buat skuad Penyu jika ingin layak kerana mereka perlu menang dengan jaringan besar sekurang -kurangnya 5 -0 sambil mengharapkan bantuan Melaka United FC (MU FC) menumbangkan KDA FC di Stadium Darul Aman pada malam esok.

Apa yang menjadi kerisauan bagi penyokong Terengganu ialah, rekod pasukan mereka tidak begitu ‘cantik’ musim ini ketika bertemu skuad Haria Penang Haria apabila dibelasah 4 -1 di laman sendiri pada pusingan pertama namun sekali lagi diingatkan, bola sepak penuh kejutan.

Ketua Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain telah memberi jaminan bahawa beliau akan menurunkan barisan terbaik bagi mengelakkan kekalahan yang boleh menyebabkan skuadnya tergelincir daripada kedudukan empat terbaik musim ini.

Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar berkata, beliau secara peribadi mahukan pasukannya sekali lagi layak ke Piala AFC tahun depan selepas peluang mereka untuk beraksi musim ini tidak kesampaian apabila pertandingan dibatalkan ekoran pandemik COVID-19.

” Sekiranya layak, ia akan menjadi hadiah paling bermakna untuk kami berikan kepada penyokong Hijau Kuning kerana sepanjang musim ini mereka tidak dapat datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan,” katanya kepada TVS.

Ditanya tentang taktik yang akan digunakan ketika melayan kunjungan MU FC, Baddrol Bakhtiar berkata, mereka melakukan persiapan yang lebih tersusun.

” Kami bersemangat dan saya percaya kemampuan rakan sepasukan. Barisan pemain telah membuktikan semangat tidak mudah menyerah apabila bangkit daripada ketinggalan 1-3 kepada UiTM FC dalam perlawanan lalu dan mencatatkan keputusan seri yang memberikan satu mata yang sangat berharga kepada pasukan,” katanya.

Katanya, semangat yang ditunjukkan itu membolehkan mereka kini berada di landasan terbaik untuk mengekalkan gelaran Naib Juara Liga Super yang dimenangi musim lepas.

Bagi pemain tengah Pulau Pinang, David Rowley, dia tidak mahu terlalu memikirkan slot ke Piala AFC apabila bertemu Terengganu FC sebaliknya mahu menikmati perlawanan terakhir musim ini setelah pasukannya memberikan persembahan cemerlang pada tahun pertama mereka di Liga Super.

” Tiada sesiapa meramalkan kami mampu mara sejauh ini malah pada mulanya pasukan hanya menyasarkan untuk menamatkan saingan dalam kelompok enam teratas tetapi situasi sekarang, Pulau Pinang berpeluang muncul Naib Juara Liga Super atau empat terbaik,” katanya kepada TVS.

Berhubung saingan dengan KDA FC, Rowley berkata, beliau tidak melihat Pulau Pinang ketika ini sedang bersaing dengan Kedah yang juga merupakan bekas pasukannya sebaliknya mahu fokus menentang Terengganu.

” Bola itu bulat tetapi kita akan berikan yang terbaik apabila menentang pasukan yang mempunyai pemain yang bagus seperti Terengganu FC,” katanya.-TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan