Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sektor pelancongan domestik dibuka semula di fasa endemik – Abdul Karim

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

ASAJAYA, Sept 11: Sektor pelancongan domestik Sarawak bakal dibuka semula setelah Sarawak memasuki fasa endemik, menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Terdapat beberapa program pelancongan yang telah mengalami kelewatan akibat pandemik COVID-19 bakal dilancarkan dalam satu atau dua minggu lagi.

“Seperti Pulau Langkawi yang telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan, jadi kami ingin mengikut rentak yang sama,” katanya pada satu sidang media setelah merasmikan Program Kembara Semarak Merdeka 2021 pada Sabtu.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan turut berharap setelah sektor pelancongan di Sarawak dibuka, hasil pendapatan negeri dapat kembali ditingkatkan.

Berdasarkan unjuran data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80% bagi populasi dewasa menjelang penghujung September 2021.

Beliau percaya kadar vaksinasi 100% akan dicapai akhir Oktober 2021, sekali gus memberi perlindungan kepada Keluarga Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, rakyat juga perlulah bersedia untuk hidup bersama COVID-19 di dalam fasa endemik kelak.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan