Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MARA terus bantu usahawan bumiputera ketika pandemik

ByNur Suhaida Muliyono

USAHAWAN bumiputera terus menikmati lebih banyak bantuan daripada MARA bagi menjalankan perniagaan mereka tatkala pandemik COVID-19 masih membelenggu negara.

Timbalan Menteri I Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang turun padang melakukan tinjauan turut menyerahkan surat moratorium pembiayaan perniagaan MARA dan surat pengecualian sewa dan diskaun sewa 30 peratus kepada usahawan di negeri Pahang.

“Saya juga berkesempatan untuk bersemuka dengan usahawan-usahawan bumiputera bagi mendapatkan maklumbalas mereka berhubung keberkesanan skim-skim bantuan anjuran MARA ketika pandemik COVID-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, moratorium dan pengecualian serta diskaun sewa tersebut merupakan program di bawah strategi memperkasa rakyat dan ekonomi tambahan (PEMERKASA).

“Seramai 428 usahawan akan menerima moratorium pembiayaan perniagaan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.66 juta secara keseluruhan.

“Bagi insentif pengecualian sewa dan diskaun sewa 30 peratus pula, seramai 473 orang penyewa semasa akan menerima manfaat dan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM733,000,” ujarnya.

Sejumlah RM1.175 juta telah diluluskan di bawah Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) bagi 34 usahawan dan RM600,000 di bawah Pelaksanaan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) bagi 22 usahawan.

Bantuan-bantuan yang dilaksanakan oleh MARA ini merupakan sebahagian daripada siri bantuan yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan melalui Pakej PEMERKASA dan PEMULIH, bertujuan membantu usahawan bumiputera yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan