Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih banyak sektor ekonomi akan dibenarkan buka

ByNur Suhaida Muliyono

SIMANGGANG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi keyakinan bahawa Sarawak bakal membenarkan semula lebih banyak sektor ekonominya untuk beroperasi.

“Kita yakin apabila kita sudah mencapai imuniti kelompok ini nanti, lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan buka dan sebab itu juga kita mempercepatkan pemberian vaksin kepada remaja sekolah,” katanya setelah meninjau projek pembinaan Waterfront Sri Aman, pada Sabtu.

Katanya lagi, Sarawak kini juga pada sasaran untuk melengkapkan pemberian vaksin kepada pelajar remaja 15 tahun ke atas sehingga 3 Oktober nanti.

“Apabila kita sudah mencapai sasaran itu, seterusnya kita akan memberi vaksin kepada remaja berumur 12 tahun ke atas sebelum mereka kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) bersemuka,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu bahawa Sarawak bersedia memasuki fasa endemik setelah selesai mencapai imuniti kelompok.

“Jika dilihat situasi COVID-19 di Sarawak, bilangan kes harian kita hanya mencatatkan jangkitan dalam kategori 1 & 2, dan jika kita terus patuh kepada Prosedure Operasi Standard (SOP), tentu tiada masalah untuk kita beralih ke fasa endemik kerana kita perlu hidup bersama wabak ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan