Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Farmasi diberi tempoh seminggu, selaraskan harga jualan kit ujian pantas antigen pada harga siling

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 11 SEPT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu telah memberi amaran kepada farmasi-farmasi di daerah berkenaan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati menjual kit ujian pantas antigen COVID-19 melebihi harga siling yang telah ditetapkan.

Ketua cawangannya, Kelyn Bolhassan berkata pihaknya telah memberi tempoh satu minggu sehingga Ahad (12 Sept) kepada semua farmasi untuk mematuhi peraturan berkenaan.

“Kami akan memulakan pemeriksaan pada Isnin (13 Sept) dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati menjual kit tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga siling di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Akta itu, katanya memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, atau dikompaun sehingga RM50,000 untuk individu manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Ditanya mengenai masih terdapat segelintir farmasi menjual kit tersebut dengan harga lama, beliau berkata kebanyakan farmasi sudah meletakkan harga baharu.

“Ahli farmasi diberi masa satu minggu dari 5 September untuk menghabiskan stok lama mereka dan mulai Isnin depan, kit itu mesti dijual dengan harga baru,” katanya.

Kerajaan telah menetapkan semua 14 jenis kit ujian tersebut pada harga RM19.90 setiap satu.

Sementara itu, katanya Sibu menghadapi kekangan kekurangan kit tersebut susulan permintaan tinggi.

“Semasa pemeriksaan yang dilakukan pihak kami sebelum ini, stok didapati berkurangan dan ia terpulang kepada farmasi masing-masing untuk mendapatkan stok baharu daripada pembekal mereka,” ujarnya.

Tags: #bm, #COVID19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan