Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

CITF laksana pengharmonian data untuk kemas kini data penerima vaksin

ByBernama

KOTA BHARU : Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-9 (CITF) akan melaksanakan pengharmonian data bagi memastikan data penduduk yang sudah divaksin di seluruh negara adalah tepat dan terkini, kata Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata langkah itu dibuat menerusi kerjasama pihaknya dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta MIMOS berikutan data penduduk yang menerima vaksinasi harian di beberapa negeri didapati perlu dikemas kini.

Mengambil Kelantan sebagai contoh paling ketara, Adham berkata menerusi banci yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) jumlah populasi dewasa yang telah mendaftar diri untuk menerima vaksin di negeri ini adalah 1.2 juta orang.

“Kita akan harmonikan data ini kerana semasa kita mencari mereka yang berada di Kelantan untuk divaksin, kita dapati bahawa mereka telah diberikan vaksin di negeri-negeri lain.

“CITF akan melakukan pengharmonian data itu, seterusnya kita yakin dapat mencapai pemberian vaksin (imuniti kelompok) pada September di Kelantan,” katanya dalam sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di sini pada hari ini.

Terdahulu Adham melakukan tinjauan bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin di PPV tersebut.

Pada Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Perumahan Kelantan Dr Izani Husin dilaporkan berkata pihaknya percaya 20 peratus daripada 1.2 juta penduduk Kelantan yang mendaftar diri untuk divaksin berada di perantauan dan sudah menerima vaksin masing-masing. – BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan