Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bakal masuki fasa endemik, kelonggaran kemasukan ke Sarawak dikaji

ByOdleen Catherny

SIMANGGANG, 11 Sept : Susulan ketersediaan beralih ke fasa endemik, kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) kemasukan ke Sarawak akan dikaji.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kajian terbabit bagaimananapun bergantung kepada kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita masih memantau, sekiranya kita sudah di satu tahap yang mana diakui oleh pihak KKM sendiri, maka kerajaan negeri akan mengkaji semula SOP khususnya berkaitan kemasukan ke dalam negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sri Aman, di sini, hari ini.

Setakat ini katanya Sarawak masih mengekalkan SOP sedia ada iaitu kuarantin wajib 14 hari untuk kemasukan ke Sarawak.

Sementara itu, beliau menggalakkan orang ramai yang khuatir sekiranya dijangkiti COVID-19 untuk melakukan ujikaji sendiri menggunakan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19.

Terdahulu, beliau meninjau pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 di Dewan Suarah Sri Aman melibatkan seramai 615 remaja berumur 16 dan 17 tahun terdiri dari dua buah sekolah menengah.

Pemberian imunisasi COVID-19 untuk remaja berumur 12 hingga 15 tahun yang sihat pula dijadualkan pada penghujung bulan September mengikut bekalan stok vaksin yang akan diterima.

Untuk rekod, sehingga 9 September 2021, seramai 7,041 remaja di semua bahagian di negeri ini telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) remaja bermula 8 September lalu menyasarkan pemberian vaksin kepada seramai 289,200 remaja bersamaan 10.3 peratus dari seluruh populasi di Sarawak.

Setakat 9 September juga, Sarawak telah mencapai 89.2 peratus dewasa layak lengkap divaksin sekaligus mencatatkan 65.2 peratus seluruh populasi lengkap dua dos vaksinasi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan