Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Semak Maklumat Terkini COVID-19 COVIDNOW

KUCHING, 10 Sept : Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan aplikasi COVIDNOW semalam bagi membolehkan orang ramai mengikuti situasi harian COVID-19 dengan lebih terperinci.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, aplikasi berkenaan akan memaparkan pelbagai data mengenai COVID-19 di seluruh negara.

Menurut JPBNS, data yang akan dikongsikan termasuk jumlah kes aktif, kes sembuh, kes kematian, kapasiti pusat kuarantin dan status vaksinasi.

“Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa Malaysia merupakan antara negara pertama di dunia yang berkongsi data terperinci berhubung COVID-19 kepada rakyatnya,” kata kenyataan berkenaan.

Menurut JPBNS, pengenalan COVIDNOW amat penting terutamanya bagi memastikan proses peralihan negara ke fasa endemik dapat berjalan lancar dan selamat untuk rakyat.

Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi COVID-19 di negara dan Sarawak dengan melayari laman web di pautan berkaitan.

Antaranya ialah https://covidnow.moh.gov.my/ dan https://covidnow.moh.gov.my/swk/ . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan