Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PKPD di 22 lokaliti di Sarawak

KUCHING, 10 September: Sebanyak 22 lokaliti di sini telah diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkasa September 9 sehingga September 22.

Menurut kenyataan Jawatankankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, arahan PKPD ini melibatkan lima buah rumah panjang di Pakan dan tiga buah rumah panjang di Mukah.

“Turut dikenakan PKPD ialah dua buah rumah panjang di Tatau, manakala dua buah lagi di Bintulu dan Subis.

“PKPD turut melibatkan empat buah kampung di Simunjan, tiga buah rumah panjang di Lubok Antu dan masing-masing satu buah rumah panjang di Sri Aman dan Julau, dan sebuah di Asajaya,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah JPBNS lagi, terdapat 11 lokaliti telah dilanjutkan PKPD yang melibatkan di Daerah Betong, 2, Marudi (1), Subis (1), Lundu (2), Lubok Antu (1), dan Limbang (1) bermula antara 10 hingga 20 September hadapan.

Sementara itu, terdapat 11 lokaliti telah ditamatkan PKPD pada hari ini yang melibatkan lokaliti di Miri (1), Betong (1), Simunjan (2), Lundu (1), Limbang (1), Belaga (1), Sri Aman (1), Subis (2) dan Pakan (1).

“Penamatan PKPD ini juga melibatkan Kuara Baram Estate Sdn Bhd, Kuala Baram di Miri, Kuarters Pekerja Belianmas Synergy (TRC Betong) di Betong, Kampung Belimbing Besi, Kampung Lunying, Sebuyau, Kampung Kepayang Lama, Kampung Kepayang Berangan, Kampung Kepayang String dan Kampung Kepayan Setia Jaya di Simunjan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan