Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Fatimah sokong penuh bayi dilahirkan wanita Malaysia di luar negara diberi kerakyatan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 10 Sept : Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah amat mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberi kerakyatan automatik negara ini terhadap bayi yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Kata Fatimah, beliau memahami keperitan dan tekanan yang ditanggung oleh golongan ibu yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan status kewarganegaraan.

“Para ibu dan juga anak-anak itu sendiri akan merasa tekanan yang sama.

“Dalam tempoh menunggu tersebut berbagai kesulitan akan dialami oleh si pemohon untuk mendapat akses kepada pendidikan, kesihatan dan sebagainya yang mana dapat dinikmati oleh kanak-kanak warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bukan itu sahaja katanya, tanpa kewarganegaraan anak-anak ini juga akan terpaksa membayar kos yuran yang dikenakan kepada pelajar warga asing.

“Tentu sekali ini memberi impak bukan saja kepada kesejahteraan dan masa depan kanak-kanak tersebut oleh kerana mereka terlepas peluang masing-masing,” jelasnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu pada prosiding dalam talian selepas membenarkan saman pemula Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing bagi membolehkan bayi mereka yang dilahirkan di luar negara mendapat kerakyatan negara ini secara automatik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan