TOKYO: Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), mengumumkan negara matahari terbit itu terpaksa menarik diri daripada menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab Disember depan susulan kes COVID-19 yang terus meningkat di negara itu.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata, butiran lanjut tentang tuan rumah alternatif untuk Piala Dunia Kelab FIFA 2021 akan diumumkan dalam masa terdekat.
“FIFA ingin mengucapkan terima kasih kepada JFA di atas usaha dan komitmen mereka dan berharap ia dapat diadakan di Jepun pada masa akan datang.” kata FIFA dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, Kejohanan Kelab Dunia adalah kejohanan tahunan yang menghimpunkan kelab-kelab terbaik dari enam konfederasi bola sepak seluruh dunia melibatkan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kofederasi Bola Sepak Asia (CAF), Gabungan Bola Sepak Persatuan Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF) CONCACAF dan Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC).
Pada peringkat awal, badan induk bolasepak dunia itu memilih negara China sebagai tuan rumah bagi kejohanan edisi 2021.
Bagaimanapun disebabkan pandemik Covid-19 di negara berkenaan, Jepun dipilih bagi menggantikan China selain negara berkenaan memiliki pengalaman menganjurkan kejohanan berkenaan pada 2016 lalu.