Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak sasar pemberian vaksinasi remaja menjelang Oktober

KUCHING, 8 September: Kerajaan Sarawak menyasarkan program pemberian vaksinasi kepada remaja di negeri ini selesai menjelang Oktober depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tun Openg berkata, ia dilaksanakan menerusi kerjasama strategi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Jelasnya melalui program ini, golongan remaja di Sarawak akan menerima imunisasi COVID-19 secara berperingkat mulai 8 September.

“Pada peringkat awal, program imunisasi untuk remaja akan menyasarkan dua kumpulan iatu semua remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang berkomorbid dan remaja berusia 16 hingga 17 tahun,” katanya

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas melawat program vaksinasi remaja di Klinik Kesihatan Telaga Air di Kuching, hari ini.

Seramai 379 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Matang dijangka menerima vaksinasi di klinik kesihatan berkenaan.

Tambah beliau, program ini akan diperluaskan ke seluruh Sarawak termasuk kawasan luar bandar menerusi Program Outreach Imunisasi COVID-19.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melalui Pejabat Kesihatan Bahagian akan ke sekolah yang terlibat untuk memberi suntikan kepada murid 12-17 tahun terutamanya di Bahagian Kapit melibatkan 16 buah sekolah dan 9,334 orang dilaksanakan secara “walk in”.

“Manakala Bahagian Miri pula melibatkan dua buah sekolah meliputi 207 orang,” tambahnya.

Untuk bahagian Kuching dan Samarahan, beberapa sekolah menengah akan digunapakai sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) termasuk dewan masyarakat dan Klinik Kesihatan (KK) di bahagian masing-masing.

Dalam pada itu, Abang Johari berharap ibu bapa turut memberi kerjasama dengan membawa anak mereka ke pusat pemberian vaksin atau klinik untuk mendapatkan vaksinasi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan